Tuesday, May 20, 2008

Surah An-Naml ayat 18 -19

Penceritaan Al-Quran mengenai Semut (An-Naml)
"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari"; maka dia tersenyum dan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". (Surah an-Naml: 18-19)

Friday, May 9, 2008

Kehebatan Semut



Sistem Komunikasi

Keluarga besar semut adakalanya mencecah hingga ke 20 juta ahli!

Bagaimanakah semut berkomunikasi?

Semut berkomunikasi dengan mengunakan satu sistem yang hebat malah berkesan bagi keluarga besar ini. Malah boleh dikatakan sistem komunikasi yang hebat dari sistem komunikasi moden manusia. Semut berkomunikasi dengan mengunakan sesungutnya (antena) dan juga Feromon. Antena digunakan apabila berkomunikasi jarak dekat, manakala Feromon digunakan untuk komunikasi pelbagai. Feromon digunakan setiap masa semasa mencari makanan, penjelajahan luar kawasan, ketika bertempur dan pelbagai lagi. Feromon akan dirembeskan oleh individu semut untuk memberi isyarat kepada ahli koloninya berkenaan sesuatu. Sebagai contoh, apabila seekor semut peninjau menjumpai sumber makanan, mereka akan merembeskan feromon untuk memberi isyarat kepada semut lain. Jadi dalam sekelip mata, semut-semut lain akan menerima isyarat berkenaan dan menuju ke kawasan yang dimaksudkan.

Selain itu feromon juga digunakan untuk menanda laluan untuk semut-semut ketika keluar dari sarang mereka. Dengan tanda feromon berkenaan, mereka tidak hilang arah tujuan. Sebab itu jugalah kita boleh lihat semut sentiasa berbaris dan berjalan di laluan yang sama hinggakan meninggalkan tapak laluan yang bersih akibat laluan semut-semut berkenaan.

Feromon juga digunakan ketika mereka bertempur dengan musuh. Apabila seekor semut menemui musuh mereka, mereka cepat-cepat merembes feromon untuk memberi isyarat kepada rakan-rakan lain untuk membantu. Dalam sekelip mata saja beratus-ratus semut akan mengerumuni kawasan pertempuran.

Kediaman Koloni



Gambar di atas menunjukkan contoh kediaman bagi sebuah keluarga besar semut (koloni). Semut adalah satu makhluk Allah SWT yang amat unik dan pintar. Mereka mempunyai sistem kekeluargaan kompleks dan sistem pembahagian kerja yang rapi. Setiap individu semut mempunyai tugasnya yang tersendiri, sebagai contoh kerja mencari makanan, menjaga anak, menjaga ratu, menjaga kebersihan sarang dan sebagainya. Oleh itu, sistem sarang mereka juga amat sistematik. Struktur sarang berbilik-bilik yang menempatkan makanan, sampah, bilik ratu, bilik anak, bilik telur dan sebagainya.

Friday, May 2, 2008

Secebis Hadis Untuk Dikongsi

Hadis berkenaan lalat

Mengikut riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, nabi bersabda, “Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Selingan Gambar



Semut Akrobat

Digelar semut akrobat kerana abdomennya terbalik ke atas.