Sebelum ni saya telah senaraijelaskan kelasan haiwan di dunia ni dan menunjukkan di mana semut berada.
Sekadar memetik beberapa perkara, semut berade dalam Phylum Arthropoda, berada dalam Kelas Insecta, Sub Kelas Perygota, Superaturan Endophterygota dan Aturan Hymenoptera.
Kini saya sambung;
Aturan Hymenoptera mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1) Mempunyai dua (2) pasang kepak yang nipis (Membranous Wing) iaitu Kepak Depan dan Kepak Belakang. Kedua-dua kepak ini bersambung dengan cangkuk halus yang diberi nama Hamuli. Kepak-kepak ini mempunyai urat yang berjalur dan jernih.
2) Mempunyai pinggang yang memisahkan Thorax dan Abdomen, sama ada pinggang yang ramping ataupun lebar.
Aturan Hymenoptera ada 2 sub aturan:
1) Symphyta - contohnya sawfiles dan horntails
2) Apocrita - semut berada dalam sub aturan ni bersama-sama dengan lebah dan penyengat.
Ciri-ciri Symphyta:
Ahli yang berada dalam sub aturan ni mempunyai pinggang yang lebar yang menyambungkan Thorax dan Abdomen.
Ciri-ciri Apocrita:
Ahli yang berade dalam sub aturan ni mempunyai pinggang yang ramping yang menyambungkan Thorax dan Abdomen.

No comments:
Post a Comment