Thursday, February 21, 2008

SUB ATURAN APOCRITA KATEGORI PARASITICA

Ciri-ciri ahli dalam kategori ini ialah, mereka bersifat parasit yang mana mempunyai Ovipasitor yang digunakan sebagai medium untuk memindahkan telur ke dalam badan host. Samaada host dari jenis haiwan ataupun tumbuhan.
Ahli dalam kategori ini mempunyai ovipasitor yang panjang malah ada yang mempunyai kepanjangan yang boleh menyuntik jauh ke dalam badan host. Mereka akan menyuntik sedikit bisa (venom) ke dalam host samaada sebelum ataupun selepas menyuntikkan telur mereka. Tujuannya ialah memberi nutrisi kepada telur-telur supaya boleh menghadapi sistem imun badan host.

* Parasitoid = Serangga yang mendiami host dan mengambil kebaikan dari host hingga membunuhnya.

* Parasite = Serangga yang mendiami host dan hanya mengambil kebaikan dari host.

No comments: