Friday, March 14, 2008

Semut Askar



Berjumpa lagi kita dalam alam semut.

Tertera gambarajah adalah gambar seekor semut askar (Army Ant) jenis Eciton burchellii foreli. Semut askar seperti yang kita ketahui hidup dengan berpindah randah (nomad), tiada sarang yang kekal dalam tanah seperti semut2 lain. Mereka membina sarang dengan badan mereka sendiri yang mana dipanggil Bivouac. Sarang ini walaupun dibina dengan badan anggota koloni tetapi dapat melindungi ratu, telur dan anak2 yang masih kecil dari sebarang ancaman bahaya. Ratu semut askar ini tidak mempunyai sayap seperti ratu2 semut yang lain. Mase proses pengawanan berlaku, semut jantan akan datang ke semut betina. Semut jantan dipanggil Flying Sosej. Ketika semut jantan sampai ke kawasan koloni semut askar ini, pekerja akan mengerumun si jantan ini dan mencabut kepak si jantan berkenaan dan membawanya ke sarang untuk proses pengawanan. Selepas proses pengawanan, semut jantan akan mati.
Saiz koloni semut askar amat lah besar dan boleh menjangkau sehingga 20 juta ahli.

Ada 2 spesis Semut Askar:

1) Ecitoninae - Semut Askar Dunia Baru (New World)
2) Aenictinae & Dorylinae - Semut Askar Purba (Old World)

No comments: