Tuesday, April 1, 2008

Penyelidikan Serangga

Serangga Dalam Penyelidikan Biologi

Serangga adalah haiwan yang paling tinggi kemandirian dan paling pelbagai dalam keseluruhan alam haiwan. Jumlah spesies serangga di dunia yang telah dikenalpasti dianggarkan menghampiri 1 juta dan beberapa pihak percaya jumlah sebenar termasuk yang belum dikenalpasti boleh mencapai 30 juta. Setiap spesies adalah ahli bagi kumpulan yang lebih besar atau Aturan (Order), terdiri dari lain-lain serangga yang mempunyai ciri –ciri fizikal yang sama (Triplehorn & Johnson, 2005).

Walaupun banyak serangga dianggap sebagai perosak dan selalu menimbulkan masalah yang serius, sebenarnya majoriti serangga tidak tergolong sebagai perosak dan banyak memberikan faedah. Dilaporkan bahawa aktiviti pendebungaan oleh sejenis spesies kumbang Africa, Elaeidobius kamerunicus telah berjaya meningkatkan keluaran industri minyak sawit di Malaysia sehingga RM100 juta setahun (Romoser & Stoffolano, 1998).

No comments: