Friday, May 9, 2008

Kehebatan Semut



Sistem Komunikasi

Keluarga besar semut adakalanya mencecah hingga ke 20 juta ahli!

Bagaimanakah semut berkomunikasi?

Semut berkomunikasi dengan mengunakan satu sistem yang hebat malah berkesan bagi keluarga besar ini. Malah boleh dikatakan sistem komunikasi yang hebat dari sistem komunikasi moden manusia. Semut berkomunikasi dengan mengunakan sesungutnya (antena) dan juga Feromon. Antena digunakan apabila berkomunikasi jarak dekat, manakala Feromon digunakan untuk komunikasi pelbagai. Feromon digunakan setiap masa semasa mencari makanan, penjelajahan luar kawasan, ketika bertempur dan pelbagai lagi. Feromon akan dirembeskan oleh individu semut untuk memberi isyarat kepada ahli koloninya berkenaan sesuatu. Sebagai contoh, apabila seekor semut peninjau menjumpai sumber makanan, mereka akan merembeskan feromon untuk memberi isyarat kepada semut lain. Jadi dalam sekelip mata, semut-semut lain akan menerima isyarat berkenaan dan menuju ke kawasan yang dimaksudkan.

Selain itu feromon juga digunakan untuk menanda laluan untuk semut-semut ketika keluar dari sarang mereka. Dengan tanda feromon berkenaan, mereka tidak hilang arah tujuan. Sebab itu jugalah kita boleh lihat semut sentiasa berbaris dan berjalan di laluan yang sama hinggakan meninggalkan tapak laluan yang bersih akibat laluan semut-semut berkenaan.

Feromon juga digunakan ketika mereka bertempur dengan musuh. Apabila seekor semut menemui musuh mereka, mereka cepat-cepat merembes feromon untuk memberi isyarat kepada rakan-rakan lain untuk membantu. Dalam sekelip mata saja beratus-ratus semut akan mengerumuni kawasan pertempuran.

No comments: