Gambar yang tertera di atas adalah ratu kerengga.
Kerengga adalah salah satu keluarga semut yang aggresif. Dikenali juga dengan nama Oecophylla smaragdina, kerengga merupakan semut berjenis penenun(Weaver Ant) dan membuat sarangnya dengan tenunan daun. Daun-daun yang ditenun dikait dengan menggunakan sutera yang dihasilkan oleh larvanya. Larva kerengga menghasilkan sejenis sutera yang digunakan oleh pekerja kerengga untuk membuat sarang.
Habitat kerengga adalah pokok seperti rambutan dan mempelam. Daun pokok-pokok ini amat sesuai untuk dijadikan bahan untuk menenun sarangnya. Mereka akan bersama mencari kawasan dan daun yang sesuai. Kemudian menarik daun itu bersama untuk ditenunkan pada daun yang lain. Konsep 'bersatu teguh bercerai roboh' dan 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing' dapat dipraktikkan.
Salah satu sifat kerengga adalah aggresif dan mempunyai tabiat memburu yang ganas. Kerengga memburu serangga lain untuk dijadikan makanan. Biasanya serangga yang singgah di pokok yang didiami oleh koloni kerengga ini. Satu kajian yang telah dibuat oleh tiga orang saintis iaitu Kazuki Tsuji, Ahsol Hasyim dan Koji Nakamura yang tajuknya ialah "Asian weaver ant, Oecophylla smaragdina, and their repelling of pollinators". Kajian mereka berkisar mengenai 6 pokok rambutan yang dijadikan sampel ujian. Pokok berkenaan dikaji dengan kadar kehadiran sejenis lebah tanpa sengat iaitu Trigona minangkabau. Setiap pokok di ambil datanya sebagai rekod. Pokok yang ada sarang kerangga dan juga pokok yang tiada sarang kerengga.
Kesimpulan dari ujikaji,
Secara ringkasnya, pokok rambutan yang mempunyai sarang kerengga yang aktif, kadar singgahan lebah adalah rendah dan dikatakan juga, lebah ini tidak mahu mendekati kawasan berkenaan kerana telah ditandakan oleh kerengga dengan feromon yang dirembes oleh kerengga sebagai kawasan jajahannya. Kerangga ini berlaku aggresif terhadap lebah ini dan menghalang lebah ini untuk mendekati pokok rambutan berkenaan.
"..In fact, we have directly observed many times that Oecophylla workers aggressed and repelled Trigona and other insects approaching, but never observed such aggression by other arboreal ants to flower visitors. Although our field observation was carried out only in the morning in order to focus the influence on Trigona, we believe this behavioral process also works in the rest of the time during a day, since Oecophylla has no clear daily activity pattern, being active day and night (K. Tsuji, unpubl. data). A similar behaviorally mediated indirect effect caused by the ant,Crematogaster scutellaris, on the fig-fig wasp system has recently been reported(Schatz & Hossaert-McKey 2003). In this case, the ants on the fig tree do not repel the pollinator wasps but intensively prey on them. This and our studies suggest certain arboreal ants actually negatively interact with pollinators’ performances.."
No comments:
Post a Comment