Sunday, September 14, 2008

Ekologi Serangga

Takrif Ekologi;

Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar. Perkataan ini dicipta oleh pakar biologi Jerman dan pengikut Darwin pada tahun 1866 Ernst Haeckel dari perkataan Greek (oikos beerti " rumah" dan logos beerti "sains").

Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisma itu sendiri.Alam sekeliling merangkumi kedua persekitaran abiotik -- benda bukan hidup seperti cuaca dan geologi -- dan persekitaran biotik -- benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi menumpu kepada taburan dan jumlah organisma dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat alam sekitar; pengaruh organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap organisma tersebut.

Ekologi Serangga;

Ekologi Serangga adalah salah satu bidang kajian yang membincangkan tabiat dan peranan serangga dalam perspektif ekologi. Aspek-aspek ekologi serangga yang meliputi pertumbuhan, kemandirian, pembiakan, peranan perumah, faktor biotik dan abiotik, adaptasi, variasi genetik, sistem hidup dan pola taburan dilihat secara lazim dan juga dalam perspektif implikasi kini. Konsep serangga dalam ekosistem, kepelbagaian dan struktur trofik, peranan sebagai pengurai, pendebunga, vektor serta dinamik dan kawal-atur populasi serangga juga dibincangkan. Aspek kepelbagaian dan pemuliharaan juga akan dibincangkan dengan memberi contoh kepada serangga yang bernilai tinggi dari sudut ekologi, ekonomi, perubatan dan aestetika termasuk spesies-spesies yang dilindungi.

Tuesday, September 9, 2008

Monomorium floricola



Monomorium floricola adalah spesis semut yang mempunyai kasta pekerja yang polymorphic dari bersaiz 1.5 hingga 2.0mm. Warna semut ini adalah coklat kekuningan dan dikenali dengan kepala dan gasternya berwarna gelap. Mempunyai kepala dan badan yang licin, bersinar dan tidak berbentuk. Mempunyai sesunggut ataupun antena 12 segmen termasuklah club yang bersegmen tiga. Semut ini mempunyai rahang yang terdiri daripada empat (4) pasang gigi yang kuat dan mempunyai bulu halus nipis meliputi badan.

Koloni semut ini mempunyai banyak ratu, dan dikenali sebagai koloni polygynous. Ratu Monomorium floricola tidak mempunyai kepak.

Monomorium floricola bersifat arboreal yang bersarang di dalam kayu dan pokok. Ia juga bersarang di dalam bangunan. (Wilson & Taylor 1967)

Monomorium floricola adalah spesis semut yang selalu memberi ancaman kepada kehidupan sosial manusia. Namun begitu ianya tidak sebahaya seperti saudaranya iaitu Monomorium destructor yang lingkungan saiznya 1.5 hingga 3.0mm. Monomorium floricola biasanya mendiami kawasan bandaran dan perumahan. Kita dapat mengenali spesis ini ia sering membuat laluan (Trail) yang panjang di dinding ataupun di atas lantai rumah dan bergerak dengan perlahan.

Sumber makanan Monomorium floricola ini pelbagai antaranya bangkai serangga, telur serangga, nektar, biji benih, gula dan lain-lain. Spesis semut ini akan makan apa sahaja sumber makanan yang ada di rumah.

Monomorium floricola bersusur galur dari Sub-Keluarga Myrmicinae, Bangsa Solenopsidini dan Genus Monomorium. Genus Monomorium mempunyai lebih dari 300 Spesis.

Panggilan tempatan adalah Semut Singapura (Singapore Ant)