Monomorium floricola adalah spesis semut yang mempunyai kasta pekerja yang polymorphic dari bersaiz 1.5 hingga 2.0mm. Warna semut ini adalah coklat kekuningan dan dikenali dengan kepala dan gasternya berwarna gelap. Mempunyai kepala dan badan yang licin, bersinar dan tidak berbentuk. Mempunyai sesunggut ataupun antena 12 segmen termasuklah club yang bersegmen tiga. Semut ini mempunyai rahang yang terdiri daripada empat (4) pasang gigi yang kuat dan mempunyai bulu halus nipis meliputi badan.
Koloni semut ini mempunyai banyak ratu, dan dikenali sebagai koloni polygynous. Ratu Monomorium floricola tidak mempunyai kepak.
Monomorium floricola bersifat arboreal yang bersarang di dalam kayu dan pokok. Ia juga bersarang di dalam bangunan. (Wilson & Taylor 1967)
Monomorium floricola adalah spesis semut yang selalu memberi ancaman kepada kehidupan sosial manusia. Namun begitu ianya tidak sebahaya seperti saudaranya iaitu Monomorium destructor yang lingkungan saiznya 1.5 hingga 3.0mm. Monomorium floricola biasanya mendiami kawasan bandaran dan perumahan. Kita dapat mengenali spesis ini ia sering membuat laluan (Trail) yang panjang di dinding ataupun di atas lantai rumah dan bergerak dengan perlahan.
Sumber makanan Monomorium floricola ini pelbagai antaranya bangkai serangga, telur serangga, nektar, biji benih, gula dan lain-lain. Spesis semut ini akan makan apa sahaja sumber makanan yang ada di rumah.
Monomorium floricola bersusur galur dari Sub-Keluarga Myrmicinae, Bangsa Solenopsidini dan Genus Monomorium. Genus Monomorium mempunyai lebih dari 300 Spesis.
Panggilan tempatan adalah Semut Singapura (Singapore Ant)
No comments:
Post a Comment