Wednesday, February 27, 2008

Keluarga Formicidae (Semut)

Kita telah menyelusuri asal usul semut ini bermula dari Kingdom Animalia, Phylum Artropoda, Kelas Insecta, Aturan Hymenoptera dan seterusnya Keluarga Formicidae.
Seperti mana yang kita ketahui semut mempunyai pelbagai keluarga dan bangsa yang tersendiri. Dari yang sebesar-besarnya hinggalah sekecil-kecilnya. Semut mempunyai seribu macam sifat dan cara hidup bergantung kepada keadaan semulajadi habitatnya dan keluarganya.

Keluarga Formicidae terdiri daripada:

1) Sub-Keluarga Myrmeciinae - iaitu semut bulldog
2) Sub-Keluarga Ponerinae - iaitu semut trap jaw ant
3) Sub-Keluarga Myrmicinae - iaitu semut api
4) Sub-Keluarga Dolichoderinae - iaitu semut argentine
5) Sub-Keluarga Formicinae - iaitu semut tukang kayu dan semut gula
6) Sub-Keluarga Aenictinae - iaitu semut askar purba
7) Sub-Keluarga Ecitoninae - iaitu semut askar baru
8) Sub-Keluarga Amblyyoponinae - iaitu semut dracula
9) Sub-Keluarga Cerapachyinae
10) Sub-Keluarga Ectatomminae
11) Sub-Keluarga Heteroponerinae
12) Sub-Keluarga Leptanilloidinae
13) Sub-Keluarga Paraponerinae - iaitu semut peluru
14) Sub-Keluarga Proceratiinae
15) Sub-Keluarga Pseudomymecinae - iaitu semut twig

Super Keluarga Vespoidea

Kita telah mengetahui dua(2) Sub Aturan Apocrita iaitu:

1) Sub Aturan Apocrita Kategori Parasitica
2) Sub Aturan Apocrita Kategori Aculeata

Semut berada dalam Sub Aturan Apocrita Kategori Aculeata iaitu dalam Super Keluarga Vespoidea.

Super Keluarga Vespoidea terbahagi kepada:

1) Keluarga Formicidae - Semut
2) Keluarga Mutillidae - Semut Velvet
3) Keluarga Pompilidae - Tebuan/penyengat lelabah (Spider wasps)
4) Keluarga Rhopalomatidae - Tebuan/penyengat Rhopalosomatid
5) Keluarga Sapygidae - Tebuan/penyengat Sapygid
6) Keluarga Scoliidae - Tebuan/penyengat Scoliid
7) Keluarga Sierolomorphidae - Tebuan/penyengat Sierolomorphid
8) Keluarga Tiphiidae - Tebuan/penyengat Tiphiid
90 Keluarga Vespidae - Tebuan/penyengat kertas, hornet

Thursday, February 21, 2008

SUB ATURAN APOCRITA KATEGORI PARASITICA

Ciri-ciri ahli dalam kategori ini ialah, mereka bersifat parasit yang mana mempunyai Ovipasitor yang digunakan sebagai medium untuk memindahkan telur ke dalam badan host. Samaada host dari jenis haiwan ataupun tumbuhan.
Ahli dalam kategori ini mempunyai ovipasitor yang panjang malah ada yang mempunyai kepanjangan yang boleh menyuntik jauh ke dalam badan host. Mereka akan menyuntik sedikit bisa (venom) ke dalam host samaada sebelum ataupun selepas menyuntikkan telur mereka. Tujuannya ialah memberi nutrisi kepada telur-telur supaya boleh menghadapi sistem imun badan host.

* Parasitoid = Serangga yang mendiami host dan mengambil kebaikan dari host hingga membunuhnya.

* Parasite = Serangga yang mendiami host dan hanya mengambil kebaikan dari host.

SUB ATURAN APOCRITA KATEGORI ACULEATA

Ciri-ciri ahli dalam kategori ini mempunyai susurgalur(Monophyletic) dari Aturan Hymenoptera yang mana boleh mengubahsuai Ovipositor kepada Stinger(Sengat). Ovipositor pada asalnya berfungsi sebagai alat mengeluarkan telur tetapi boleh mengubahkannya menjadi jarum penyengat bagi tujuan melumpuhkan musuh atau mempertahankan diri dan koloni.

* Monophyletic = Menerangkan mengenai sesuatu organisma, dalam konteks ini adalah 'Serangga' yang mempunyai tunjang yang same iaitu Aturan Hymenoptera.

Wednesday, February 20, 2008

Sub Aturan Apocrita

Setelah mengenali ciri-ciri yang terdapat pada Aturan Hymenoptera yang dibawahnya adalah Sub Aturan Apocrita dan Sub Aturan Sympyta, kini saya memfokuskan dengan lebih jelas Keluarga yang terdapat dalam Sub Aturan Apocrita. Ini adalah kerana Semut berada di dalam Sub Aturan Apocrita.

Sekadar mengulangkaji semula, Sub Aturan Apocrita mempunyai pinggang yang ramping bagi merentangi Thorax dan Abdomen.

Di dalam Sub Aturan Apocrita mempunyai dua (2) kategori iaitu:

1) Aculeata
2) Parasitica

Dalam Sub Aturan Apocrita Kategori Aculeata mempunyai tiga (3) Super Keluarga (Superfamily) iaitu:

- Super Keluarga Apoidea
- Super Keluarga Chrysidoidea
- Super Keluarga Vespoidea

Manakala dalam Sub Aturan Kategori Parasitica mempunyai 11 Super Keluarga (Superfamily) iaitu:

- Super Keluarga Ceraphoronoidea
- Super Keluarga Chalcidoidea
- Super Keluarga Cynipoidea
- Super Keluarga Evanioidea
- Super Keluarga Ichneumonoidea
- Super Keluarga Megalyroidea
- Super Keluarga Mymarommatoidea
- Super Keluarga Platygastroidea
- Super Keluarga Proctotrupoidea
- Super Keluarga Stephanoidea
- Super Keluarga Trigonaloidea

Tuesday, February 19, 2008

Aturan Hymenoptera

Sebelum ni saya telah senaraijelaskan kelasan haiwan di dunia ni dan menunjukkan di mana semut berada.
Sekadar memetik beberapa perkara, semut berade dalam Phylum Arthropoda, berada dalam Kelas Insecta, Sub Kelas Perygota, Superaturan Endophterygota dan Aturan Hymenoptera.

Kini saya sambung;

Aturan Hymenoptera mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1) Mempunyai dua (2) pasang kepak yang nipis (Membranous Wing) iaitu Kepak Depan dan Kepak Belakang. Kedua-dua kepak ini bersambung dengan cangkuk halus yang diberi nama Hamuli. Kepak-kepak ini mempunyai urat yang berjalur dan jernih.

2) Mempunyai pinggang yang memisahkan Thorax dan Abdomen, sama ada pinggang yang ramping ataupun lebar.

Aturan Hymenoptera ada 2 sub aturan:

1) Symphyta - contohnya sawfiles dan horntails
2) Apocrita - semut berada dalam sub aturan ni bersama-sama dengan lebah dan penyengat.

Ciri-ciri Symphyta:

Ahli yang berada dalam sub aturan ni mempunyai pinggang yang lebar yang menyambungkan Thorax dan Abdomen.

Ciri-ciri Apocrita:

Ahli yang berade dalam sub aturan ni mempunyai pinggang yang ramping yang menyambungkan Thorax dan Abdomen.

Peralatan Pemerhatian



Gambar di atas menunjukkan peralatan fotografi yang saya gunakan untuk mengambil gambar kelakuan semut semasa membuat kajian lapangan. Di antaranya ialah:

1) Kamera DSLR Nikon D70s
2) Lensa Tamron SP90 Makro
3) Kekotak Gegelang Kilat (KGK) buatan sendiri
4) Kanta Pembesar untuk pemerhatian
5) Flash Light SB 800

Selingan



Gambar diatas: Camponotus gigas secara berkoloni. Semut ni hidup di kawasan Hutan Hujan Tropika dan berdekatan dengan sumber air. Makanan utama mereka ialah madu embun. Sarang mereka di kawasan kayu2 reput dan lembab. Tidak merbahaya kepada manusia.
Camponotus gigas senang ditemui di sekitar hutan hujan tropika Malaysia, malah menjadi salah satu Haiwan yang dikaji oleh para Entomologist dunia. Antaranya Dr. Martin.

Gambar dipetik dari laman web ant-forum.net

Superaturan Endopterygota (Metarmorposis Lengkap)

Kemudian saya senaraikan pula Aturan yang berade dalam Superaturan Endopterygota (Metarmorposis Lengkap). ada 10 Aturan kesemuenye:

1) Aturan Neuroptera - contohnya kepinding renda
2) Aturan Megaloptera - contohnya kepinding pokok alder
3) Aturan Raphidiodea - contohnya kepinding ulor
4) Aturan Siphonaptera - contohnya pinjai
5) Aturan Coleoptera - contohnya kumbang
6) Aturan Mecoptera - contohnya kepinding jengking
7) Aturan Trichoptera- contohnya contohnya kepinding kadi
8) Aturan Lepidoptera - contohnya rama2
9) Aturan Diptera - contohnya lalat
10) Aturan Hymenoptera - contohnya semut

Seperti yang tertere kat atas tu, semut berade dalam Aturan Hymenoptera yang terdapat di dalamnye Lebah, Tebuan dan Penyengat.

Superaturan Exopterygota (Metamorposis Tak Lengkap)

Disini saya cuba senaraikan Aturan2 (Order) yang ada dalam Superaturan Exopterygota (Metarmorposis Tak Lengkap). Ada 13 Aturan kesemuanya.

Superaturan Exopterygota (Superorder Exopterygota)

1) Aturan Odonata - contohnya pepatung
2) Aturan Plecoptera - contohnya kepinding batu
3) Aturan Ephemheroptera - contohnya kupu2 air
4) Aturan Blattaria - contohnya lipas
5) Aturan Mantodea - contohnya cengkadak
6) Aturan Orthoptera - contohnya belalang
7) Aturan Phasmida - contohnya serangge samaran kayu (ranting)
8) Aturan Dermaptera - contohnya lelawi
9) Aturan Isoptera - contonye anai2
10) Aturan Psocoptera - contohnya kutu kulit kayu
11) Aturan Phthiraptera - contohnya kutu biasa
12) Aturan Thysanoptera - contohnya kepinding Trip
13) Aturan Hemiptera - contohnya pianggang

Sub Kelas (Apterygota dan Pterygota)

Dalam Kelas Serangga (Insecta), terbahagi kepade dua (2) Sub-Class iaitu:

1) Sub Class Apterygota - Serangga yang tidak mempunyai Kepak. Contoh serangga dalam Sub-Class ni ialah Gegat.

2) Sub Class Pterygota - Serangga yang mempunyai Kepak. Semut berade dalam Sub Class ini.

Disini saya cube fokuskan lebih lanjut Sub Class Pterygota. Dalam Sub Class Pterygota (Serangge berkepak), terbahagi pula kepada 2 Superaturan (Superorder) iaitu:

1) Superaturan Exopterygota (Yang menjalani kitaran Metamorposis tak lengkap)

Kitaran Metamorposis Tak Lengkap

1) Telur
2) Nymph (juvenil yang seakan2 dewase tapi tidak mempunyai kepak)
3) Dewasa

2) Superaturan Endopterygota (yang menjalani kitaran Metamorposis lengkap)

Kitaran Metamorposis Lengkap

1) Telur
2) Larva (contoh: anak semut yang rupanya seperti cacing)
3) Puppa (Larva yang diselaputi Cocoon)
4) Dewasa

Skop Dunia Serangga (Insecta)

Setelah kita mengetahui tingkatan Haiwan di dunia ini iaitu bermula dari Kingdom Animalia, seterusnya Phylum dan Kelas. Saya telah memfokuskan perbincangan kita terhadap Phylum Arthropoda yang mana mempunyai 4 Kelas kesemuanya.Dalam perbincangan seterusnya, saya akan meng'highlight'kan Kelas Serangga (Insecta).

Dalam Kelas Serangga (Insecta), terbahagi kepade dua (2) Sub-Class iaitu:

1) Sub Class Apterygota - Serangge yang tidak mempunyai Kepak. Contoh serangge dalam Sub-Class ni ialah Gegat

2) Sub Class Pterygota - Serangge yang mempunyai Kepak. Semut berade dalam Sub Class ini.

Pengenalan Dunia Arthropoda

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, serangga berada di dalam Phylum Arthropoda.Phylum Arthropoda ini mempunyai ciri-ciri seperti tidak mempunyai tulang belakang, Kulit luar yang keras, badan bersegmen dan mempunyai kaki 3 pasang atau lebih.

Dalam Phylum ni terbahagi kepade 4 kelas iaitu:

1) Arachnida - untuk berjenih lelabah dan kala jengking
2) Crustacea - untuk berjenih ketam, udang dan juga lobster
3) Insecta - untuk berjenih serangga seperti semut dan kumbang
4) Myriapoda - untuk berjenih arthropod yang mempunyai badan banyak segmen dan kaki yang banyak. Kelas ni ialah diwakili lipan dan ulat gonggok

Pengenalan Dunia Metazoa

Keseluruhan Hidupan Metazoa di alam ni dikelompokkan di bawah satu Tunjang iaitu Kingdom Animalia atopun Metazoa. Secara umumnya hidupan di dunia ni telah dikelaskan kepade 16 Kategori yang berlainan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh para penyelidik. Kelas ni dipanggil dengan nama Phylum.16 Phylum itu ialah:

1) Phylum Annelida - untuk haiwan berjenis cacing bersegmen (Segmented Worms)
2) Phylum Chordata - untuk haiwan berjenis yang mempunyai tuang belakang (Vertebrata macam Mamalia, Reptilia, Ikan dan Burung)
3) Phylum Mollusca - untuk haiwan berjenis siput, sotong dan juga Kurita
4) Phylum Platyhelminthes - untuk cacing pita
5) Phylum Arthropoda - untuk haiwan berjenis Lelabah, Serangge dan juga Ketam
6) Phylum Cnidaria - untuk Obor-obor
7) Phylum Nematoda - untuk Cacing bulat
8) Phylum Phoronida - untuk Phoronids
9) Phylum Brachiopoda - untuk haiwan berjenis kerang (Lamp Shell)
10) Phylum Ctenophora - untuk obor2 sikat (Comb Jellies)
11) Phylum Nemertea - untuk Cacing Proboscis
12) Phylum Porifera - untuk Sponges
13) Phylum Bryozoa - untuk Bryozoans
14) Phylum Echinodermata - untuk haiwan Tapak Sulaiman
15) Phylum Onychophora - untuk Cacing Velvet
16) Phylum Rotifera - untuk Rotifers

Monday, February 18, 2008

Pengenalan Dunia Semut



Assalamulaikum WBT.

SELAMAT DATANG KE DUNIA SEMUT

Semut adalah serangga Eusosial dari Keluarga Formicidae dalam Aturan Hymenoptera. Mereka disifatkan sebagai saling menjaga antara satu sama lain, pertindihan generasi pekerja dalam koloni dan juga mempunyai sistem kasta yang maju (Wilson 1971). Sistem kasta terdiri daripada satu atau lebih betina yang reproduktif (ratu), sebilangan kecil jantan yang reproduktif dan ramai pekerja, yang mana boleh didapati disekitar dan didalam sarang. Semua semut hidup dalam koloni dan setiap kasta mempunyai peranan mereka tersendiri di dalam mengekalkan dan mempertahankan seluruh koloni. Daripada telur, semut membesar menjadi larva dan seterusnya menjadi dewasa. Didalam koloni, anda akan mendapati ribuan pekerja berkeliaran dalam galeri dan terowong di dalam sarang. Mereka bertanggungjawab dalam aktiviti harian seperti mengumpul makanan, menjaga dan memberi makan semut yang belum matang, mengekalkan dan juga mempertahankan koloni. Apa yang menarik ialah pekerja dalam koloni mempunyai tugas yang spesifik, yang menunjukkan pembahagian tugas yang maju. Pekerja yang lebih muda biasanya akan tinggal didalam sarang untuk menjaga semut yang belum matang sementara pekerja yang dewasa mencari makanan diluar sarang dan membina serta mengali tanah untuk membesarkan atau membuat sarang yang baru. Semut adalah invertebrata yang mempunyai sistem komunikasi yang maju (Hoelldobler & Wilson 1990). Semut boleh berkomunikasi dengan merembeskan cecair kimia memandangkan kebanyakkan daripada mereka mempunyai penglihatan yang lemah, dan dalam beberapa kes ada terdapat semut yang tidak mempunyai mata. Mereka berkomunikasi menerusi semiochemicals yang dipanggil feromon yang dirembeskan daripada kelenjar eksokrin.